Wednesday, August 19, 2015

Buku Cerita Cinta Ahmad Ammar




Buku Cerita Cinta Ahmad Ammar - Insan yang tidak berapa dikenali semasa hidupnya namum menjadi sebutan setelah beliau meninggal.

Sebuah buku ditulis untuk menceritakan kisah kehidupan Allahyarham Ahmad Ammar Ahmad Azam, yang diberi judul  "Cerita Cinta Ahmad Ammar".

Buku ini ditulis oleh 16 penulis yang terdiri daripada ahli keluarga dan kenalan rapat Almarhum. Sebanyak 10,000 naskah cetakan yang pertama sudah terjual.

Allahyarham Ahmad Ammar telah meninggal dunia setelah dilanggar oleh ambulans ketika melintas jalan di Istanbul, Turki, jam 1.30 petang (7.30 malam waktu Malaysia), pada 2 November 2013.

Jasad Ammar telah disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn, dan disitulah juga menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di Turki. Dan inilah jasad orang Malaysia yang pertama di kebumukan disini.

Dalam usia yang muda, Ahmad Ammar begitu aktif dalam aktiviti sukarelawan, menyertai misi kemanusian seperti di Syria. Dan dia juga selalu berhasrat untuk syahid setiap kali dia menyertai misi kemanusian. Namum hasrat beliau tertangguh.

Diharap dengan dibukukan kisah perjuangan Ahmad Ammar ini akan membuka mata anak muda kita untuk mengikut contoh yang baik seperti beliau.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...