Tuesday, October 29, 2013

Mengapa Kesusahan Itu Hadir?


kesusahan
kesusahan dalam hidup | Rainbow is a non-original title
by *whatevercathiewants (Devianart)
Janganlah berasa hairan atau marah disaat kesusahan datang. Bukankah setiap waktu ia sering datang berkunjung?
Apakah kita berasa hairan dengan hal yang selalu menyapa hari – hari kita? Haruskah kita marah atas sesuatu yang membuat hidup kita lebih berwarna dan penuh cabaran?
Pertanyaan sebegitu sering muncul apabila seseorang mengalami kesusahan yang besar dan dia berasa tiada satu hal pun dalam hidupnya yang berjalan dengan sepatutnya. Seolah – olah kesusahan sering menimpa dirinya.

Apakah anda juga pernah berasa kesusahan yang besar dalam hidup?

Pada umumnya manusia lebih menyukai hal – hal yang mudah dibandingkan hal – hal yang menyusahkan. Sekiranya manusia diberi pilihan, mereka tentu akan memilih yang paling mudah dan paling baik untuk dirinya.
Jarang ada orang yang akan memilih yang lebih sukar atau menyusahkan, kecuali ada alasan kuat untuk itu.
Pilihlah yang mudah.
Misalnya kita tinggal tidak berapa jauh dari tempat kita bekerja. Jika kita berjalan kaki menuju ke tempat kita bekerja, maka kita memerlukan waktu diantara lima belas dan dua puluh minit.
Namun, kalau kita memiliki kereta, kita tentu lebih rela memilih untuk menaiki kereta ke tempat kerja. Sebab pergi ke tempat kerja dengan kereta memberikan lebih banyak kemudahan dibandingkan berjalan kaki.
Perjalanan boleh jauh lebih cepat dan kita pun tidak berasa penat.
Adakalanya kesusahan tetap akan datang walaupun kita tidak memilihnya, sehingga kita terpaksa bersabar sedaya – upaya dalam menghadapinya.
Dengan Ilmu dan pengetahuan, insyaallah kita boleh mengubah kesusahan menjadi mudah. Dengan kesungguhan, insyaallah kita boleh menghadapi setiap kesusahan yang datang, sehinggga kesusahan itu tidak akan memberi mudharat besar kepada diri kita.
Dan paling penting, mintalah kepada-Nya, kerana Tuhan juga tidak ingin menyusahkan kita.
Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan DIa tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran [ Al-Baqarah 2: 185 ]
Dalam beberapa hadis dijelaskan bahawa Rasulullah lebih suka memilih yang lebih mudah dalam melakukan sesuatu. Baginda juga menasihati para sahabatnya untuk menyampaikan Islam dengan cara yang baik dan tidak menyebabkan orang lain lari.
Sayidatina Aisyah r.a menjelaskan bahawa Rasulullah sendiri menyukai pilihan yang lebih mudah dalam beramal.
Aisyah r.a. berkata, “Apabila Rasulullah SAW disuruh memilih antara dua perkara, nescaya Baginda memilih yang lebih mudah antara kedua – duanya, selagi itu bukan dosa. Adapun jika itu adalah dosa, maka Baginda adalah orang yang paling jauh daripada dosa [Riwayat Bukhari dan Muslim]
Yang lebih mudah itu disukai oleh manusia dan dipandang baik oleh agama, selagi ia tidak mengandungi  dosa. Walaupun begitu, jika ada kesusahan yang datang menjelma, Islam mengarahkan umatnya tidak mengeluh dan bersabar dalam menghadapinya.
Kerana kesusahan itu hanyalah bersifat sementara. Setelah berlalunya kesusahan, tentu akan datang kesenangan.
Sebagaimana manusia lebih menyukai kesenangan berbanding kesusahan, Islam juga tidak menghendaki kesusahan bagi manusia. Islam memang memberikan perintah dan larangan yang membuatkan kita berasa dalam kesusahan.
Tetapi disebalik semua itu, sebenarnya ada kemudahan bagi orang – orang yang beriman. Yang penting adalah jangan kita ragu – ragu.
Jangan sesekali menyangka Allah menghendaki kesusahan dan keburukan bagi manusia. Sekiranya Dia memang ingin menyusahkan manusia, maka hidup ini sama sekali tidak akan ada harapan.. =)
lupakan kesusahan

Cara Untuk Memilih Teman Hidup


“Tapi…..dia sembahyang 5 waktu.Tak pernah tinggal.. “
Selalu aku terfikir. Bagaimana seharusnya untuk kita mencari teman hidup. Cukupkah dengan hanya cukup sembahyang 5 waktu?
“SEMBAHYANG adalah perkara wajib. Tiang agama. Tapi ia tidak menentukan samaada pasangan tu baik untuk kita atau tidak.”
lalu harus bagaimana?
1)adakah solat itu dapat menghalangnya dari melakukan kemungkaran?
2)bagaimana akhlaknya?. Semasa dengan ibu bapa,adik beradik,rakan-rakan
3)bagaimana tutur katanya?
4)siapa kawan-kawannya?
5)bagaimana pemakaiannya?
6)bagaimana kebiasaannya?
7)adakah dia seorang yang berpegang pada kata-katanya?
8)adakah dia seorang yang sentiasa mencuba untuk menjadi lebih baik?
9)Bagaimana sifat semulajadinya?
10)Bagaimana keluarganya?
Inilah antara soalan yang perlu ditanya sebelum kita memilih teman hidup. Solat 5 waktu tidak cukup kerana ia hanya asas. Yang dilakukan kerana wajib. Tetapi adakah solat tu dapat menghalang kita melakukan kemungkaran itu penting.  Jika tidak, tak sempurnalah solat itu.
Akhlak seseorang itu dapat kita perhatikan bila mereka dengan keluarga.
Mengapa?
Kerana keluarga yang bersama kita dari kecil hingga dewasa. Jadi mereka cenderung menjadi diri sendiri apabila dengan keluarga.Jika dia seorang yang menjaga akhlaknya,dia akan sentiasa menjaga akhlak apabila dengan keluarga terutama ibu bapa.Mendengar kata,membantu ibu bapa dengan membuat kerja rumah.Menghormati ibu bapa.Menghormati dan menyayangi adik beradik.
Tutur kata juga penting. Tutur kata melambangkan peribadi sesesorang.Seorang yang soleh dan solehah akan menjaga tutur kata mereka kerana ia mencerminkan iman dan diri kita sebagai seorang muslim.Tutur kata yang kasar melambangkan peribadi seseorang yang kasar.Ingat lidah adalah anggota yang paling berbahaya.Dari lidah terjadilah umpat-mengumpat,keji-mengeji,fitnah dan juga penipuan.
Kawan-kawan juga mencerminkan diri kita. Seorang yang soleh akan mencari sahabat yang soleh sebagai teman untuk mengingat ketika lupa.Ini fitrah manusia.Seorang yang liar tidak akan mencari seorang yang soleh sebagai sahabatnya kecuali dia mendapat hidayah dariNya. Manusia sering mencari teman yang sama jenis denganya.
“Dia baik.. Cuma kawan-kawannya saja begitu.Tapi dia dapat kenal buruk-baik.Kalau diorang pergi kelab dia tak ikut pun.Time solat dia solat.Jarang tinggal”
“Mungkin baik tapi tak cukup soleh.Mungkin juga baik pada pandangan manusia,tapi tak cukup baik padaNya” 
“Maksud ayah”
“Orang yang soleh takkan berkawan dengan orang yang dia tahu bila-bila masa dapat mengheretnya jauh dari Tuhan.Bila dia melepak,membuang masa,bercakap perkara-perkara yang tidak patut bersama,sedikit sebanyak dapat menghitamkan hatinya.Walau dia menjaga solat. Iman bukan pada solat sahaja tapi amalan “
Pemakaian juga aspek penting untuk dinilai dalam memilih pasangan.
“Eleh.orang tutup aurat pakai tudung pun buat dosa.Pakai tudung,tutup sana sini bukan baik sangat pun”
Wajarkah kita bercakap sedemikian. Orang yang berusaha menutup aurat biarpun masih melakukan dosa sekurangnya dosanya tak menutup aurat terhapus. Kita yang tidak menutup aurat malah mengeji syariat bagaimana?. TIDAK TERHITUNG dosanya. Mencuba untuk menutup aurat ialah satu jihad. Jihad dalam diri. Bukan mudah untuk menutup aurat yang sebetul-betulnya di zaman moden ini.
Ini benar. Saya juga selalu merasakan yang sama.Rasa tidak cantik. Tapi tanamkan dalam diri seindah perhiasan adlah wanita solehah. Sebenarnya wanita yang menjaga diri lebih cantik. Bukan sahaja cantik wajah tapi juga akhlak. Terpelihara dari fitnah dan pandangan yang tidak sepatutnya. Dan juga lebih dihormati.
Bagi yang lelaki jangan fikir oleh kerana aurat anda cuma sedikit maka anda terselamat.TIDAK.Fenomena sekarang ramai antara lelaki yang berpakaian ketat.Baju yang menampakkan tubuh badan.skinny jeans.Pakaian yang dapat menarik perhatian dan nafsu lawan jantina hukumnya haram. Perhiasan yang berlebihan juga haram. Lelaki yang hensem dan macho bukan terletak pada gayanya.rambut,baju,seluar dan stailnya tapi pada akhlaknya.
Lalu ada juga persoalan “Jika dia menutup aurat tapi masih tidak dapat menentukan dia pasangan baik atau tidak lalu bagaimana?”
“Percayalah wanita dan lelaki yang baik untuk lelaki dan wanita yang baik.Mungkin masa lalunya tidak baik tapi jika dia bertaubat dia lebih baik dari orang yang tidak pernah bertaubat.”
Percaya dan bergantunglah kepada Allah.
bagaimana kebiasaannya?
Pasangan yang baik,kebiasaanya juga mestilah baik.Dia mestilah seorang yang istiqamah.yakni tidak berubah-ubah.seorang yang bertimbangrasa.
Contohilah sifat Rasullullah saw dan pilihlah pasangan yang mengikuti sifat-sifat tersebut.
Satu kisah yang saya baca,setiap kali Rasullullah pulang lewat malam,beliau akan tidur di luar pintu rumah demi untuk tidak mengejutkan isterinya. Adakah lagi suami seperti Rasullullah saw.
Itulah sifat bertimbangrasa.
“Ah,itu rasulullah.Dia mmg rasul pilihan. “
Kita mungkin bukan Rasullulah SAW.tapi kita boleh mencontohi sifatnya.
Pernah seorang pemuda dizaman Rasulullah saw. Dia tidak tahan dengan sikap isterinya yang suka membebel. Lalu dia pergi kerumah Umar Al Khatab untuk mengadu. Setibanya dia dirumah Umar,dia terdengar isteri Umar sedang membebel pada Umar. Tapi Umar hanya diam tanpa melawan sepatah pun. Setelah Umar keluar dari rumah pemuda itu bertanya “Wahai Umar,mengapa isterimu membebel tapi kamu hanya diam sahaja”.
“Aku diam kerana aku tahu walau dia suka membebel tapi hatinya baik.Jasanya terlalu besar jika nak dibandingkan dengan kekurangannya.Dia ibu kepada anak-anakku.Yang menjaga makan minumku.yang menjaga anak,harta dan maruahku semasa ketiadaanku. “Mendengar kata-kata Umar,pemuda itu lalu balik semula kerumah.
Sifat itu yang perlu ada dalam diri pasangan.Sifat bertolak ansur.Seringkali terjadi penceraian sekarang hanya kerana perkara kecil.Manusia sering lupa.Sering membesar-besarkan kekurangan dan kesalahan.Sedangkan banyak lagi benda baik yang kita lupa.Maka anak-anak menjadi mangsa.
adakah dia seorang yang berpegang pada kata-katanya?
Ada 3 perkara tanda manusia itu munafik.Pertama apabila bercakap ia berbohong. Apabila dia berjanji dia tidak tunaikan. Dan apabila dia diberi amanah dia khianat.
Orang yang tidak berpegang pada kata-katanya adalah contoh orang munafik. Kerana itu islam amat menitik beratkan soal memberi janji.Ini kerana memberi janji umpama memberi harapan.
Memberi harapan pada orang lalu khianat hukumnya haram.
Pilihlah pasangan yang sentiasa berpegang pada janji.Takdir itu ketentuanNya.Jika kita sudah berusaha untuk berpegang pada janji.Berusaha sebaik mungkin tapi tidak berjaya itu namanya takdir.Maka kita kena redha dan meminta maaf dari insan yang diberi janji.
tapi syaratnya kita perlu berusaha sehabis mungkin untuk berpegang pada janji
adakah dia seorang yang sentiasa mencuba untuk menjadi lebih baik?
Seorang yang soleh akan sentiasa mencuba untuk menjadi lebih soleh.Jika dia berbuat silap dia akan bertaubat.
“Ah,watpe taubat.Nanti buat balik”
Rasullullah saw bertaubat hampir seratus kali sehari.Fitrah manusia sering lalai dan alpa.Sering kita bertaubat tapi kita buat lagi.Tetapi sekurangnya bila kita bertaubat dosa sebelum yang kita lakukan telah terhapus. Untuk bertaubat kita memerlukan kekuatan dan bantuan dariNya.
Mengapa selalu bila bertaubat kita lakukan lagi?
Kerana kita tak betul2 buang punca kita jauh dariNya.Kita tak betol2 berhasrat untuk berubah .
Dengan kata lain tak betul2 ikhlas.Kita bertaubat kerana rasa sakit dengan kesan kesilapan kita bukan kerana berubah untuk mencari keredhaaNya.
Bagaimana sifat semulajadinya?
Sifat semulajadi adalah seperti adakah dia seorang yang panas baran atau penyabar.lembut atau keras hati.
Saya sendiri sebenarnya seorang yang cepat panas.Tapi bagaimana kita menghandlenya.yakni dengan sabar.bila kita rasa ingin marah sangat2 kita sabar.kawal diri.Marah ini sifat syaitan.Dengan marah yang terlalu boleh membuat manusia hilang kewarasan maka terjadilah kes penderaan.memukul isteri.Pasangan yang baik ialah pasangan yang dapat mengawal emosinya.Dapat mendengar untuk didengari.Dapat memberi untuk menerima.Maksudnya dapat mendengar dan menerima pendapat dan pandangan pasangan.
Mengapa?
Kerana orang yang dapat mendengar dan menerima pandangan,pendapat,perasaan orang lain yang akan dapat meluahkan pandangan,pendapat dan perasaannya pada orang lain utk didengari.
DAN
hanya orang yang dapat memberi yang dapat menerima
itulah give and take.
Kerana itu penting untuk memilih pasangan yang tidak trlalu keras hati.Kerana orang yang sebegini lazimnya ingin didengari tapi tidak ingin mendengar.Maka itulah punca kepada kemusnahan sesuatu hubangan yakni perkahwinan.
Bagaimana keluarganya?
Iman tidak diwarisi oleh keturunan.Keturunan yang tidak baik tidak semestinya tidak melahirkan anak yang bertakwa.Itu bukti Allah itu maha adil.Semua insan tidak kira pangkat atau keturunan dapat mencari keredhaanNya.Tetapi,keluarga juga adlah aspek pnting dalam memilih pasangan hidup.Ini kerana,jika kita berkahwin kita tak berkahwin hanya dengannya tapi dengan keluarganya sekali.
Contoh
“Ibu tak setuju dengan perkahwinan ini”
atau
ibunya queen control.
Kita mesti memikirkan kesan akan datang.Apabila sikap keluarganya begitu,menjadi sukar untuk kita mempertahankan perkahwinan.Maka terlalu banyak duri ranjau yang perlu kita hadapi.Sedangkan fungsi perkahwinan adalah untuk mendapat ketenangan dan redha Allah.
Wallahualam.

Mencintai Seseorang Yang Tidak Sempurna Dengan Cara Yang Sempurna


Mencintai Seseorang Yang Tidak Sempurna
Mencintai Seseorang Yang Tidak Sempurna
Ketika kita bertemu orang yang tepat untuk dicintai,
Ketika kita berada di tempat pada saat yang tepat,
Itulah kesempatan

Ketika kita bertemu dengan seseorang yang membuatkan mu tertarik, Itu bukan pilihan
itu kesempatan.
Bertemu dalam suatu peristiwa bukanlah pilihan ,
Itupun adalah kesempatan .

Bila kita memutuskan untuk mencintai orang tersebut,
Bahkan dengan segala kekurangannya,

Ketika kita memilih bersama dengan seseorang walaupun apapun yang terjadi,
Itu adalah pilihan .
Adalah pilihan yang harus kita lakukan.

Bahkan ketika kita menyedari bahawa masih ramai orang lain
Itulah pilihan.
Perasaan cinta, simpati, tertarik,
Datang sebagai kesempatan pada kita.
Tetapi cinta sejati yang abadi adalah pilihan.
Pilihan yang kita lakukan.

Berbicara tentang pasangan jiwa,
Ada satu petikan dari filem yang Mungkin sangat tepat :
“Nasib membawa kita bersama, tetapi tetap bergantung pada kita
bagaimana membuat semuanya berhasil”
Pasangan jiwa boleh benar-benar ada.
Dan  sangat mungkin ada seseorang
Yang diciptakan hanya untukmu.
Tetapi tetap berpulang padamu

Untuk melakukan pilihan apakah engkau ingin
Melakukan sesuatu untuk mendapatkannya, atau tidak,
Kita mungkin kebetulan bertemu pasangan jiwa kita,
Tetapi mencintai dan tetap bersama pasangan jiwa kita,

Kita ada di dunia bukan untuk mencari
seseorang yang sempurna untuk dicintai
TETAPI untuk belajar mencintai orang yang tidak sempurna

“Perempuan itu dinikahi kerana empat perkara, kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan kerana agamanya, lalu pilihlah perempuan yang beragama nescaya kamu akan bahagia.” (Muttafaqun ‘Alaihi)

Pilihan. Antara Cinta Dan Iman


cinta
cinta
Hidup ini adalah pilihan. Dan setiap insan, harus memilih untuk hidup dalam kehidupan. Namun, dalam memilih, tidak semua insan itu berjaya meraih tentang apa yang dipilih. Tiba-tiba, pilihan tidak selari dengan apa yang dikehendaki. Persamaan, nun jauh pergi. Dahulunya rasa ya. Kini, rasa berbeza dengan apa yang kita rasa di awal kala.
Perubahan.
Agama Islam mendidik setiap insan supaya terus berharap pada-Nya dan terus berusaha. Berputus asa itu bukan jalan dan bukan caranya. Islam itu indah, malah ia mengindahkan kehidupan ini dengan sinar kasih sayang-Nya. Islam itu lebih indah, jika seseorang itu mewariskan hidupnya pada Maha Esa. Pasti dia tidak akan kecewa. Tidak sesekali.

Antara cinta dan iman

 ”Biasalah… cinta itu buta.” kata-kata.
“Ya cinta itu buta. Tetapi, ia tidak akan membutakan manusia yang memiliki iman.” suara kecil.
Antara cinta dan iman, mungkin mudah lidah kita berbicara soal iman. Namun, dari lubuk hati kita… kita menginginkan cinta. Hakikatnya, kita berdusta pada diri sendiri. Dan, kekadang kita tersepit. Antara keperluan dan kehendak diri, kita keliru. Di akhirnya pula, kita dihantui kebuntuan.
 Kelabu.

Cinta

Benarkah apa yang dipilih itu?
Adakalanya, hidup yang sering diganggu perasaan sunyi sepi itu… adakah memang benar memerlukan cinta? Atau ia hanyalah gangguan-gangguan emosiyang berbentuk sementara. Kadangkala ada, kadangkala tiada, Macam biskut.
Juga, adakah dengan memilih cinta itu, hidup kita ini baru berasa bahagia. Baru merasakan kehidupan ini lebih bermakna dan tidak sia-sia. Adakah benar pilihan kita itu?

Iman

Iman tidak dapat diwarisi. Iman juga, tidak boleh dijualbeli. Ia adalah kurniaan daripada Ilahi buat insan yang DIA cintai. Namun, iman yang sedang kita nikmati ini, juga boleh berlalu pergi. Dan mungkin, tidak lagi kembali.
Adakah dengan memilih iman, kita tidak boleh meraih cinta? Apakah sekiranya kita memilih iman, hidup ini kita diselimuti sengsara. Iman itu apa maknanya buat kita?

Pilihan

Hidup ini adalah pilihan. Dalam pilihan, terselitnya ujian. Ujian untuk memilih. Sama ada baik atau sebaliknya, kita bakal memilihnya. Jika tersilap memilih, masih ada ruang buat diri untuk berbalik pada pangkalnya. Jika pilihan yang dibuat oleh diri itu benar dan tepat, maka bersyukurlah pada-Nya dan jangan sesekali kita mengkhianati-Nya.
Tetapi… bagaimana jika keliru?
Tanya pada diri.
‘Apakah yang menyebabkan aku meyakini DIA dan kekasih-Nya?’

Nota Cinta



mungkin dia silap memilih orang.
silap memilih pada waktu, pada ruang, pada tempat.

mungkin pilihannya cuma pilihan dunia.
yang hanya mampu memberikan kebahagian sekejap cuma,
setahun, sebulan, seminggu, ataupun sehari.
yang kemudiannya tidak akan membuat dia  gembira,
dan bahagia.
untuk selama-lamanya.
dia sedar, 
tidak mungkin ikatan seperti itu,
yang hanya dibuat demi kebahagiaan dunia,
tanpa asas yang kukuh,
tanpa kefahaman yang mendalam, 
mampu membahagiakan.
tambahan, hubungan seperti itu,
tiada barakah Tuhannya.

jika hubungan itu terus dibina,
dia telah memulakan hubungan yang tidak diberkati.
dia merosakkan hidupnya, agamanya dan imannya,
hanya untuk bersama pasangan yang indah di mata,
yang hatinya cuma berpaut pada dunia.

dia memikirkan akan masa depannya,
masa depan bakal anak-anaknya.
dia tidak mahu menjadi penyebab,
anak-anaknya jahil tentang agama.

dia memilih untuk menilai watak pasangannya,
berdasarkan agamanya, wataknya dan akhlaqnya, 
yang jika terdapat ciri-ciri seperti ini,
dia yakin, 
segalanya akan menjadi satu keberkatan yang besar dalam hidupnya.

dia cuma mahu pasangan yang bukan hanya tahu berpegangan tangan,
tetapi pasangan yang menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai pegangan.

bukan pasangan yang hanya tahu berbelanjakan wang ringgit, 
tetapi yang setia mendengar segala permasalahan yang menghimpit.

bukan pasangan yang hanya mempersembahkan keindahan dunia,
tetapi yang membawanya ke syurga sana. 

dan dia yakin menunggu akan kehadiran pasangannya,
yang kelak akan dihantar oleh Tuhannya.
dan keyakinnya bertambah tinggi,
di saat membaca kalam dari TuhanNya.

“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.”
( Surah Ar-Ruum ayat 21 )
Artikel ini telah dikongsikan oleh  Dcera Ismail  (http://dceraismail.blogspot.com/) ke inbox kami. Semoga apa yang dikongsikan memberi manfaat kepada semua.

Jangan Mengharapkan Simpati Orang Dengan Masalah Kita


Mengharapkan Simpati
Mengharapkan Simpati  | same ol’ road by ~KeCHi
Semua manusia mempunyai masalah. Setiap masalah pastinya adalah berbeza bagi setiap orang
Dan setiap orang pasti merasakan dan melihat masalah yang dihadapi olehnya lebih besar daripada masalah orang lain.
Kita selalu mengharapkan ada seseorang yang ingin mendengar masalah kita, dan merasa lega apabila orang lain turut bersimpati dengan masalah yang kita hadapi.
Kita merasakan orang lain turut memahami dan merasakan sekali penderitaan masalah kita. Padahal bukan semua orang begitu pada hakikatnya. Mengapa kita selalu mengharapkan simpati?

Jangan Mengharapkan Simpati Orang Lain Dengan Masalah Kita

Jangan terlalu mengharapkan simpati dari orang lain atas masalah dan kesulitan – kesulitan yang menimpa kita.
Adalah lebih baik jika kita cuba untuk menyelesaikan masalah – masalah itu dan berusaha menguranginya sesuai dengan kemampuan yang kita miliki. Bukannya mempergunakan masalah – masalah tersebut untuk mendapat simpati daripada orang lain.
Kita lupa bahawa sebahagian orang kadang kala mengucapkan kata-kata simpati berkali-kali hanya untuk berbasa-basi. Setelah itu, mereka tidak mahu menolong, buat taktau dan tidak mahu menghabiskan masa untuk bersama – sama dengan kita.
Mengharapkan Simpati
Mengharapkan Simpati | Mengharapkan Simpati | Mengharapkan Simpati | Mengharapkan Simpati
Kita lupa bahawa setiap orang pasti mempunyai masalah yang boleh menyakiti perasaannya.
Allah SWT tidak pernah menzalimi sesiapa pun. Akan tetapi, kita sendirilah yang telah menzalimi diri sendiri tatkala kita terlalu memfokuskan fikiran pada pelbagai persoalan yang menimpa dan terlalu memperbesarkan persoalan – persoalan tersebut, tanpa berusaha untuk mencari penyelesaian yang positif.
Kita juga berpura – pura buta terhadap keistimewaan dan nikmat – nikmat yang ada pada diri kita.
Tidak ada manusia yang terhalang daripada segala nikmat. Tetapi orang yang berharap untuk mendapatkan semua atau sebahagian besar apa yang diinginkannya dalam hidup ini, dia tidak merasa bersyukur dengan apa yang telah dimilikinya.
Dia tidak tahu bahawa dialah orang yang rugi dan kerugiannya tidak hanya di dunia sahaja, tetapi juga di akhirat.
Dia telah menghilangkan cinta dan redha Allah SWT dan menghalangi dirinya dari kesenangan dunia yang ada pada dirinya.
Dan pada masa yang sama dia telah membawa dirinya pada kehidupan yang menyedihkan di akhirat kelak kerana dia selalu merungut dan mendakwa kehidupnya penuh dengan kejenuhan dan tidakpuasan.
Daripada terus membincangkan hal – hal yang menyedihkan yang boleh menambahkan kepahitan dan kepedihan, lebih baik kita mulakan hari kita dengan senyuman yang ramah dalam menyambut kehidupan.
Selalu merasa optimitis dan gantilah kata – kata kita dengan ucapan yang lembut dan paling tidak membuatkan kita berasa tenteram. Ceriakan diri kita dan buatlah orang lain berasa selesa dan senang bersahabat dengan kita.
Lakukan dengan penuh kesederhanaan, seimbang dan tidak berlebihan.
Hanya kita yang mampu untuk mengubah kehidupan kita menjadi kehidupan yang ceria dan bahagia. Manfaatkan setiap detik waktu yang kita miliki untuk menuju kehidupan yang lebih baik, di dunia mahupun di akhirat.
Lupakan masa lalu, kerana masa hadapan yang lebih baik menanti.
Ingatlah bahawa kehidupan ini adalah perjalanan yang singkat. Jangan pernah sia – siakan kehidupan ini untuk sebuah penderitaan yang tiada guna =)

Sentiasa Berasa Mahu Bahagia. Jangan Pernah Tidak Mahu


tidak mahu
Tidak mahu | I’m only happy when it rains by ~BlackJack0919
Apa jua yang kita lakukan kita perlu sentiasa berasa “mahu”. Perkataan mahu ini adalah titik tolak kepada kesempurnaan, keikhlasan dan kecemerlangan apa jua yang kita usahakan itu.

Lawan kepada mahu ialah ” Tidak Mahu “

Bayangkan sahaja apabila kita tak inginkan sesuatu, bermakna kita tidak mahu. Peratusan hati kita terhadap sesuatu usaha itu tidak jitu, tidak seratus peratus. Hasilnya tentulah kurang baik.
Di tengah-tengah antara mahu dan tidak mahu ini ialah, “mahu tidak mahu”. Yang ini lebih sulit sebab kedudukannya samar antara mahu dengan tak mahu.
Katalah pada suatu hari itu, kita bangkit dari tidur dengan berasa tidak selesa. Tapi kita bangkit juga sedangkan kalau boleh kita “tak mahu”. Tidur lebih baik dan kita pun mengerling ke arah katil yang terpaksa ditinggalkan. Alangkah seronoknya kalau dapat tidur kembali.
Rasa tak mahu ini akan mempengaruhi seluruh kehidupan kita seterusnya. Kita mengambil wudhuk dengan malas, sembahyang ala kadar dan membuat kerja sambil lewa. Senyuman dari keluarga atau sahabat kita terasa hambar dan malas hendak disambut.
Tiada orang yang berjaya dalam keadaan dirinya tidak pernah bersedia untuk berjaya. Jika berjaya, itu success by accident. Tiada yang peliknya dan tiada apa yang hendak dibanggakan.
Kembali kepada situasi perasaan tidak bahagia yang sering dialami oleh kita semua, ini sebenarnya berpunca dari kegagalan meletakkan perkataan “mahu” pada awalnya. Rasa mahu bahagia perlu dijadikan hasrat, sasaran, target dan cita-cita, ditanamkan dalam hati dengan sebenar-benarnya.
Barulah seluruh tubuh dan fikiran tertumpu untuk merealisasikan sebarang impian.
Bagi orang yang mahu tiada jalan yang susah baginya. Apalagi dalam soal menentukan kebahagiaan hati. Ia hanyalah persoalan hati tanpa perlu banyak mengeluarkan modal ataupun pengorbanan.
Kalau hati sudah diberikan target untuk bahagia, ia tentu bahagia.
Tapi kalau hati sudah diracuni dengan rasa tidak mahu bahagia, sudah tentu benci, menyampah dan berasa kesal yang berlarutan, sudah tentulah bahagia tidak akan datang menjengah.
Bodoh sungguh menjadikan hidup penuh duri sedangkan belum tentu usia panjang lagi dan bahagia dapat dinikmati sesudah mati. Takut-takut di dunia tidak bahagia, di Akhirat pun demikian juga. Ironik
Jadi, sentiasalah berasa “mahu” untuk setiap perkara baik yang ingin kita lakukan. Rasa “mahu tak mahu” akan hanya membuatkan hati kita berbolak balik dan meluaskan jurang keliru dan tidak tahu dalam minda kita.
Rasa “tak mahu” pula kekalkanlah pada perkara-perkara yang merugikan dan haram sahaja.
“Ketahuilah dengan mengingat (berzikir) kepada Allah hati akan menjadi tenang.” (Ar-Ra’d: 28)
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat.” (al-Baqarah:45)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...