Sunday, July 28, 2013

Penyebab Keputihan Wanita

Salam..
Keputihan merupakan penyakit dimana Miss V mengeluarkan cairan yang berlebihan. Keputihan dapat digolongkan kedalam dua bagian yaitu keputihan normal atau fisiologis dan keputihan abnormal atau patologis.
keputihan pada wanita Penyebab Keputihan Wanita
Keputihan normal atau fisiologis biasanya terjadi sebelum dan sesudah menstruas iaitu semasa kita sedang stres. Cairan yang dikeluarkan tidak berwarna, bening, tidak gatal dan tidak berbau. Keputihan jenis ini bukan merupakan sebuah penyakit dan akan hilang dengan sendirinya.
Keputihan abnormal atau patologis merupakan keputihan yang terjadi dengan tanda-tanda gatal pada area Miss V iaitu cairan yang dikeluarkan tidak bening, berbau anyir atau seperti telur busuk, berwarna putih kekuningan, keabuan sampai kehijauan, kental dan jumlahnya lebih banyak.
masalah keputihan Penyebab Keputihan Wanita
Keputihan terjadi akibat infeksi oleh jamu, bakteria, virus atau parasit. Biasanya terasa gatal pada area Miss V atau bibir Miss V bahagian luar. Boleh juga terjadi kerana jangkitan sabun pembersih Miss V, hubungan seks dan jugak pemakaian seluar dalam yang ketat.
Keputihan merupakan penyakit yang harus segera dipulihkan kerana boleh menyebabkan gangguan pada organ pembiakan. Jangan tak tahu keputihan nih boleh menyebabkan korang mandul dan kematian. Bahaya wooooaaah!

STADIUM TERBESAR DI DUNIA (16 GAMBAR)

Stadium Strahov di Prague, Republic Czech ialah stadium terbesar di dunia. Stadium mega ini mampu memuatkan 220 000 penonton pada satu-satu sama. Ianya dibina pada tahun 1926 sebagai stadium untuk pertunjukan gimnastik massa. Padang stadium mampu memuatkan 9 buah padang bolasepak. Selepas kejatuhan kerajaan komunis Czechoslovakia, stadium ini terbiar untuk beberapa tahun sebelum digunakan oleh kelab bolasepak Sparta Prague sebagai padang latihan mereka. 



Laporan asal Wikipedia

Luar Biasa: Sungai Yang Ada Ombak 30Meter Macam Laut

Sungai Qiantan di Haining, Provinsin Zhejiang, China adalah merupakan sungai yang unik, kerana sungai ini boleh mengalami air pasang surut seperti lautan, ketika pasang sungai ini dapat membuat gelombang besar hingga 30 meter. Kerana keunikannya tersebut sungai ini dikunjungi oleh ramai pelancong.

#is famous for its huge tidal waves, hanya di CHINA!



















Gambar-Gambar Pembuatan Orang Yang Tak Takut Mati..

nie kalau goyang-goyang alamatnya .....ada sapa2 berani ke ?
xtakut mati pucuk ke ..?




double tangga..

pergh....nak ambil gambar berkualiti kena la macam nie..

CORAK BUATAN MISTERI DITEMUI DI DASAR LAUT JEPUN (6 Gambar)



Ookata, yang berasa takjub dengan penemuan corak bulatan berdiameter 6 meter tersebut, memanggil krew stesyen televisyen NHK TV untuk melakukan dokumentari. Setelah penelitian dibuat, barulah mereka mengetahui bahawa struktur tersebut rupanya dihasilkan oleh seekor ikan penghembus kecil.
Ikan tersebut bekerja keras siang dan malam menghasilkan corak tersebut dalam usaha untuk menarik perhatian ikan betina supaya bertelur di situ. Telur-telur tersebut akan ditempatkan di bahagian tengah corak tersebut, melindunginya daripada arus lautan. Oleh itu, lebih rumit bentuk corak tersebut, akan lebih tertarik ikan-ikan betina padanya.
Jika corak sebegini dijumpai orang kita, apalah teori-teori konspirasi mengarut yang akan keluar di dada akhbar agaknya.
 
 
 

Gambar: Pengantin Lelaki 71 Tahun Pengsan Tengok Bakal Isteri !

Seorang lelaki 71 tahun pengsan ketika diakad nikah malam kelmarin sebelum mengaku ia kerana beliau teruja sebaik terpandang wajah bakal isteri.




“Saya terkejut hingga pitam sebaik melihat wajah bakal isteri yang cantik selepas disolek pada majlis akad nikah semalam (kelmarin) .”




“Bagaimanapun, Alhamdulillah majlis itu selesai selepas saya berjaya melafazkan akad nikah kali ketiga,” kata penghuni Rumah Seri Kenangan (RSK) Taman Kemumin, di Kelantan, Idris Laboh, 71, yang bertemu jodoh dengan Rohani Lee Abdullah, 53, juga penghuni RSK .

Idris atau lebih dikenali sebagai Pak Yeh selamat diijabkabulkan dengan Rohani pada jam 5.30 petang kelmarin dan bersanding semalam serta diraikan 117 penghuni dan kakitangan RSK.

Lebih menarik, Rohani bertemu jodoh kali kedua di RSK selepas berkahwin dengan suaminya yang juga penghuni RSK pada 1994. Bagaimanapun, pada 2004, suami pertama Rohani meninggal dunia sebelum bertemu jodoh dengan Idris .Idris yang berasal dari Kampung Pangkal Canggung, Machang, berkata, dia terpikat dengan Rohani selepas ditempatkan di rumah perlindungan itu pada November tahun lalu.

Atlet bola baling SUKMA Dakwa Dirogol Peserta Lelaki

Seorang atlet bola baling yang sedang mengambil bahagian dalam Sukan Malaysia (SUKMA) 2013, membuat laporan polis mendakwa dirogol oleh atlet lelaki di perkampungan sukan itu di Universiti Putra Malaysia (UPM), pada Rabu lalu.

Remaja berusia 19 tahun itu mendakwa dirogol bergilir-gilir dalam keadaan separuh sedar di bilik penginapan sebuah kolej universiti itu. Sebelum kejadian, dia dikatakan meminum minuman keras bersama beberapa atlet bola baling lelaki pasukannya di sebuah gelanggang bola keranjang.
Menurut sumber, selepas itu dia dibawa pulang ke sebuah bilik penginapan oleh beberapa lelaki berkenaan.
Kira-kira jam 4 pagi, mangsa menyedari dirinya dalam keadaan bogel, dihimpit oleh seorang lelaki dan suspek dikatakan merogolnya secara bergilir-gilir bersama rakannya.
Dia kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang.
“Mangsa dipercayai telah minum minuman keras bersama rakan-rakannya bagi menghilangkan tekanan setelah pasukan mereka kalah dalam perlawanan di Stadium Nasional, Bukit Jalil baru-baru ini,” kata sumber itu kepada Berita Harian semalam.
Berikutan itu, tiga atlet telah ditahan semalam untuk membantu siasatan.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Serdang, Deputi Superintendan Lam Chien Fei mengesahkan menerima laporan dan siasatan dijalankan tetapi enggan mengulas lanjut.-bharian

Thursday, July 25, 2013

Aku peduli apa kalau lelaki tinggal rumah aku - Linda


Jawapan bersahaja Linda - “Saya tidak kisah apa orang nak kata. Ini rumah saya dan hak saya. Jadi suka hati sayalah nak sewakan kepada siapa.”


Itulah jawapan seorang wanita dikenali sebagai Linda, 29, yang merupakan antara segelintir warga kota yang mengamalkan hidup ala Hollywood dengan menyewakan bilik di kediaman mereka kepada lelaki.

Bagi golongan seperti Linda, apa yang lebih utama ialah mendapat sumber kewangan untuk menampung kos kehidupan dan ada juga yang menganggap berkongsi rumah dengan individu berlainan jantina lebih serasi dan selesa.

“Kami bukan buat perkara tak senonoh. Kalau orang nak ambil tahu pun, saya cakaplah kami saudara. Yang penting, beban saya berkurangan,” katanya.


Bagaimanapun, cara kehidupan songsang itu disifatkan Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Noh Gadut sebagai mengundang syaitan dan perlu dijauhi kerana ia jelas bertentangan dengan ajaran Islam.

“Tindakan itu boleh diibaratkan seperti ‘kucing dengan ikan’. Mana boleh kita dapat mengawal kedua-dua situasi ini dan ia sudah pasti akan berlaku tindak balas negatif.

“Walaupun tidak berlaku zina tetapi ia akan menimbulkan fitnah. Perlu diingatkan apabila berada lelaki dan perempuan, sudah pasti syaitan menjadi rakan yang akan mendampingi mereka,”
 katanya.


Menurutnya, Islam jelas menggariskan hubungan yang dibolehkan serta tidak dan ia perlu dijadikan panduan oleh golongan muda agar tidak terikut-ikut budaya Barat kerana ia akan menyebabkan kerosakan akhlak kepada generasi akan datang.

Noh berkata, walaupun mereka tinggal di bilik berasingan namun sesetengah daripada mereka pasti akan berkongsi peralatan lain seperti bilik air dan kesempatan itu akan diambil syaitan untuk mendekati mereka.

“Jangan main dengan nafsu serta hasutan syaitan kerana orang alim pun boleh terbabas. Kita perlu elakkan fenomena ini daripada berlaku.

“Mereka ini mungkin tidak tahu perkara dilakukan ini dilarang, tidak perlu ambil tindakan dengan menangkap mereka sebaliknya cara berdakwah adalah yang terbaik untuk mendekati mereka,”
 katanya ketika dihubungi.


Trend berkongsi rumah lelaki dan wanita tanpa ikatan perkahwinan dikesan Harian Metro daripada sumber mahu dikenali sebagai Afis, 27 yang kebetulan mencari bilik untuk disewa menerusi laman web. - Metro

Tuesday, July 23, 2013

Budak Perempuan 13 Thn Lari Ikut Kekasih


MELAKA – Sepasang suami isteri kini bingung memikirkan nasib anak gadis mereka yang menghilangkan diri dari rumah neneknya sejak lima hari lalu.


Zamri Ajid, 39, dan Siti Rahayu Amat, 35, berkata, Siti Nur Nilam Sari, 13, dipercayai mengikut teman lelakinya yang dikenali sebagai Riduan.

Menurut Siti Rahayu, ketika hilang pada 4 Jun lalu anak gadisnya yang berkulit hitam manis memakai baju-T berwarna putih dan baju sejuk kelabu serta berseluar jean sambil membawa beg tangan berwarna hitam.

Katanya, pada malam sebelum kejadian, dia dan suami sempat makan malam bersama Siti Nur Nilam Sari sebelum menghantar gadis itu ke rumah ibunya di Kampung Gedung Lalang, Bukit Rambai pada pukul 11 malam.

“Bagaimanapun, pada pukul 1 petang esoknya, saya dimaklumkan oleh adik saya bahawa Siti Nur Nilam Sari sudah tiada di rumah,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

http://www.kosmo.com.my/

Sarjan Polis Sekeluarga Dibogelkan, Pistol Dirampas Dalam Kejadian Pecah Rumah

Sarjan Polis Sekeluarga Dibogelkan, Pistol Dirampas Dalam Kejadian Pecah Rumah
Kuala Lumpur – Seorang anggota polis berpangkat sarjan dan ahli keluarganya berdepan detik cemas apabila bergelut dengan sekumpulan empat penjenayah yang memecah masuk rumahnya di Seksyen 6 Wangsa Maju, di sini, hingga pistol miliknya dirampas.

Ketika kejadian jam 9 malam kelmarin, mangsa di rumah bersama isteri dan seorang anak perempuan sebelum secara tiba-tiba empat lelaki bertopeng serta bersenjatakan parang masuk ke kediamannya.
Menurut sumber, kumpulan penjenayah itu mengarahkan semua mangsa ke tingkat atas sebelum menggeledah rumah.
“Dalam keadaan kelam-kabut dan cemas itu, anggota polis berkenaan cuba mempertahankan diri dengan mengambil pistol miliknya yang disimpan bersama 30 peluru di atas almari, namun tindakannya itu disedari kumpulan penjenayah terbabit.
“Berlaku pergelutan antara mangsa dengan suspek hingga menyebabkan pistolnya dirampas dan berang dengan tindakan mangsa itu, penjenayah terbabit bertindak membogelkan semua mangsa,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Sumber berkata, selain pistol milik mangsa, suspek turut merampas beberapa barang berharga termasuk wang tunai sebelum melarikan diri menaiki kenderaan diletakkan di kawasan berhampiran rumah mangsa.
“Suspek sempat mengambil telefon bimbit jenis Sony Xperia dan iPhone 4, rantai emas serta jam tangan selain wang tunai kira-kira RM2,000.
“Semua suspek melarikan diri dengan kenderaan tidak dapat dipastikan jenis dan kerugian mangsa dianggarkan RM6,000,” katanya.
Difahamkan, anggota polis itu bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah, ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan siasatan lanjut sedang dijalankan. – Harian Metro

Wanita Bunuh, Makan Otak Bayi

Wanita Bunuh, Makan Otak Bayi


SAN ANTONIO – Polis bandar raya ini berkata, seorang wanita dituduh memenggal kepala bayi lelakinya berusia tiga minggu menggunakan sebilah pisau dan dua pedang, selain turut memakan beberapa bahagian tubuh anaknya itu.

Ketua Polis San Antonio, William McManus memberitahu wartawan bahawa serangan Otty Sanchez terhadap anak lelakinya, Scott Wesley Buchholtz-Sanchez “terlalu kejam” untuk didedahkan sepenuhnya.
Tetapi katanya, Otty turut memakan sebahagian otak bayi itu dan menggigit tiga daripada jari kaki mangsa sebelum menikam dirinya sendiri sebanyak dua kali.
Polis berkata, Otty, 33, memberitahu pihak berkuasa yang dihubungi ke kediamannya awal Ahad lalu dia membunuh bayi lelakinya atas permintaan syaitan.
Otty didakwa dengan pembunuhan kelas pertama dan ditahan dengan ikat jamin AS$1 juta (RM3.09 juta). Dia sedang pulih daripada kecederaannya di hospital. – AP

Warga Emas Hancur Kepala Digilis Treler

Photo: Warga Emas Hancur Kepala Digilis Treler
Baca selanutnya di: http://mynewshub.my/?p=166792
SETIU – Seorang warga emas hancur kepala akibat digilis treler selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah treler di Kilometer 67.7 Jalan Kuala Terengganu- Kota Bharu dekat Sungai Tarom, Permaisuri di sini petang kelmarin.

Akibat kemalangan kira-kira jam 1.11 petang itu, kepala Abdullah Mamat, 82, hancur dan bertaburan berhampiran tayar bahagian belakang treler tersebut.
Ketua Polis Daerah Setiu, DSP A Rahman Raja Mohamed berkata, lebih menyayat hati kerana kemalangan itu dikatakan berlaku selepas mangsa selesai menerima wang bantuan banjir di  Dewan Majlis Daerah berhampiran.
Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa keluar dari simpang kiri jalan sebelum bahagian belakang treler terbabit melepasi simpang itu.
“Mangsa telah melanggar bahagian tengah kenderaan yang datang dari arah Jertih ke Kuala Terengganu itu, menyebabkan kepala mangsa dan badannya digilis bahagian tayar belakang treler tersebut dan mangsa maut di tempat kejadian,” katanya.
A Rahman berkata, pemandu lori yang tidak mengalami sebarang kecederaan memberhentikan kenderaannya apabila menyedari ia terlanggar sesuatu.
Mangsa mengalami kecederaan teruk dan mayatnya yang beralamat di Kampung Tasek, Bandar Permaisuri dihantar ke Hospital Setiu untuk bedah siasat.
Menurutnya, siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan kes ini disiasat oleh Pegawai Trafik Daerah, Inspektor Mohamad Musa Ali. – Sinar Harian

Gambar Twitter: Hubungan Farid Kamil & Ibu Mertua Kurang Baik?


Baru sahaja selesai rasanya menjawab persoalan orang ramai tentang kesahihan isterinya Diana Danielle sudah bersalin atau belum, nampaknya Farid Kamil ada satu perkara lagi perlu di’jawab.


Melalui akaun Twitter peribadi, Farid Kamil meluahkan perasaan beliau tentang hubungannya dengan ibu mertua yang seakan kurang baik kini — berdasarkan apa yang ditulis oleh Farid Kamil sendiri.

“Ada orang tanya saya macam mana boleh hidup dengan ‘mertua’ yang macam tu? Saya jawab nak buat mcmana? Dah dia memang lagu tu,” tulis Farid Kamil selain mengulas nasihat oleh ibunya sendiri.

Ibu Farid Kamil sendiri memberikan pesanan buat beliau untuk banyak bersabar kerana ibu mertua juga seperti ibu kandung, perlu juga di’sayangi. Dan, Farid Kamil mengulas yang mertuanya lain dari yang lain.

“Bersabar, rasanya dah 4 tahun bersabar,” tulisan terakhir Farid Kamil selain bergurau mengatakan filem klasik Ibu Mertuaku menggambarkan tepat situasi beliau sekarang ini. Apa cerita Farid Kamil?

Gambar Twitter: Hubungan Farid Kamil & Ibu Mertua Kurang Baik?

Gambar Twitter: Hubungan Farid Kamil & Ibu Mertua Kurang Baik?

Gambar Twitter: Hubungan Farid Kamil & Ibu Mertua Kurang Baik?



Gambar Twitter Hubungan Farid Kamil & Ibu Mertua Kurang Baik
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...